Rawatan Lain Yang Disediakan di Ai Physiotherapy.

Dapatkan rawatan Plantar Fasciitis (Sakit Tumit), Sindrom Carpal Tunnel dan Trigger Finger di Ai Physiotherapy, Selangor.

Selain masalah sakit belakang, lutut, bahu dan leher, Ai Physiotherapy turut menyediakan rawatan profesional untuk beberapa kondisi lain yang sering mengganggu aktiviti harian. Ketiga-tiga masalah ini boleh menjadi lebih serius jika tidak dirawat awal, dan boleh menjejaskan pergerakan serta kualiti hidup.

Di Ai Physiotherapy, kami memberi rawatan khusus dan tersusun untuk membantu mengurangkan kesakitan, mengembalikan fungsi, dan menyokong pemulihan jangka panjang.

Kecederaan sukan biasanya menyebabkan rasa sakit yang ketara, bengkak, had pergerakan, atau ketidakstabilan ketika bergerak. Ini bukan sahaja menjejaskan prestasi, malah mengganggu aktiviti harian.

Di Ai Physiotherapy, kami menyediakan rawatan pemulihan khusus untuk kecederaan sukan supaya anda dapat kembali aktif dengan selamat dan yakin. Rawatan kami memberi fokus kepada pemulihan tisu, kekuatan, kestabilan dan pencegahan kecederaan berulang.

Antara Rawatan Yang Kami Sediakan.

Lihat antara rawatan lain yang kami sediakan di Ai Physiotherapy.

Plantar Fasciitis (Sakit Tumit)

Plantar fasciitis berlaku apabila tisu di tapak kaki menjadi radang, menyebabkan sakit menusuk pada tumit — biasanya paling ketara ketika bangun pagi atau selepas berdiri lama. Ia kerap terjadi kepada individu yang banyak berjalan, memakai kasut yang tidak sesuai atau mempunyai struktur kaki tertentu seperti flat foot.

Sindrom Carpal Tunnel

Carpal Tunnel Syndrome terjadi apabila saraf median di pergelangan tangan mengalami tekanan. Ia menyebabkan kebas, semut-semut, lemah atau sakit pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Masalah ini sering berlaku kepada mereka yang banyak menaip, menggunakan tangan secara berulang, atau bekerja dalam posisi pergelangan tangan yang tidak betul.

Trigger Finger

Trigger finger berlaku bila tendon pada jari menjadi tebal atau meradang, menyebabkan jari terasa “tersangkut” ketika membengkok atau meluruskan. Ia boleh menyebabkan kesakitan, bengkak dan kesukaran melakukan tugas harian seperti memegang objek atau menulis.

Kaedah Rawatan di Ai Physiotherapy.

Lihat kaedah rawatan yang kami sediakan di Ai Physiotherapy.

Pemeriksaan & Penilaian Fisioterapi

Terapi Manual

Terapi Modaliti

Senaman Pemulihan (Exercise Therapy)

Review Pesakit Kami.

Lihat review pesakit kami di Google Business Profile. Terima kasih kerana mendapatkan rawatan & mempercayai kami di Ai Physiotherapy.

Hubungi Kami Ai Physiotherapy.

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej rawatan dan servis yang disediakan di Ai Physiotherapy. Anda boleh menghubungi menerusi butang yang disediakan di bawah. 

Dapatkan Temujanji Anda Di Sini.

Untuk temu janji anda, anda boleh mengisi maklumat anda di borang yang disediakan atau hubungi kami melalui WhatsApp di butang di bawah.