Dapatkan rawatan dan pemulihan pesakit strok di selangor hanya di Ai Physiotherapy. Hubungi kami untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.
Strok berlaku apabila bekalan darah ke bahagian otak terganggu.
Ia boleh berlaku disebabkan saluran darah tersumbat atau saluran darah pecah, menyebabkan bahagian tertentu otak kehilangan oksigen. Keadaan ini boleh mengakibatkan kelemahan atau lumpuh pada sebelah badan, sama ada kiri atau kanan.
Setiap pesakit strok mempunyai tahap simptom yang berbeza.
Ada yang masih mampu bergerak dan berdikari tetapi mengalami kelemahan pada anggota tertentu. Ada juga yang mengalami kesan lebih serius sehingga memerlukan pemantauan dan rehabilitasi intensif.
Di Ai Physiotherapy, kami menyediakan rawatan yang disesuaikan mengikut kemampuan dan keperluan setiap pesakit.
Lihat bagaimana rawatan pemulihan strok yang kami sediakan di Ai Physiotherapy.
Latihan khusus untuk membantu pesakit berdiri dengan lebih stabil serta mengurangkan risiko jatuh.
Membantu pesakit mengatasi rasa takut untuk bergerak melalui latihan progresif yang selamat dan dipantau.
Fokus pada pengaktifan dan penguatan otot yang terjejas bagi meningkatkan keupayaan fizikal harian.
Latihan berulang yang membantu otak membina semula sambungan saraf untuk pergerakan yang lebih lancar.
Membantu mengurangkan kekakuan sendi dan memastikan anggota badan dapat bergerak dalam julat yang optimum.
Lihat kaedah rawatan pemulihan strok yang kami sediakan di Ai Physiotherapy.
Latihan khusus untuk membantu pesakit berjalan semula dengan lebih stabil.
Kami menggunakan teknik seperti task-specific training, latihan berjalan dengan bantuan fisioterapis, alat sokongan, dan latihan treadmill untuk memperbaiki pola berjalan.
Menggalakkan pesakit bergerak lebih awal bagi mempercepatkan pemulihan.
Latihan termasuk berguling, duduk, berdiri, berjalan, serta pergerakan aktif tangan dan kaki. Semua dilakukan mengikut kemampuan pesakit dengan pemantauan fisioterapis.
Posisi badan yang betul membantu:
Positioning yang betul juga membantu pesakit lebih peka terhadap bahagian tubuh yang lemah dan mengelakkan komplikasi jangka panjang.
Latihan keseimbangan membantu otak membina semula sambungan saraf ke otot yang lemah.
Melalui latihan berulang, pesakit dapat meningkatkan kestabilan, kekuatan teras serta kawalan pergerakan.
Lihat review pesakit kami di Google Business Profile. Terima kasih kerana mendapatkan rawatan & mempercayai kami di Ai Physiotherapy.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej rawatan dan servis yang disediakan di Ai Physiotherapy. Anda boleh menghubungi menerusi butang yang disediakan di bawah.
Untuk temu janji anda, anda boleh mengisi maklumat anda di borang yang disediakan atau hubungi kami melalui WhatsApp di butang di bawah.