Sertai pasukan profesional kami di Ai Physiotherapy!
Kami mencari individu yang berdedikasi, penyayang, dan komited untuk membantu pesakit kembali pulih dan menjalani kehidupan yang lebih sihat. Jika anda berminat bekerja dalam persekitaran mesra dan penuh peluang perkembangan kerjaya, inilah tempatnya.
Lihat pelbagai jawatan kosong yang kami sediakan di Ai Physiotherapy. Hubungi kami untuk permohonan dan maklumat lanjut.
Ai Physiotherapy sedang berkembang, dan kami mencari Physiotherapist yang berdedikasi, bersemangat dan berorientasikan hasil untuk menyertai pasukan kami.
Jika anda minat membantu pesakit pulih dengan selamat dan ingin bekerja dalam persekitaran klinik moden yang menyokong perkembangan kerjaya—kami mahu anda bersama kami!
Tanggungjawab Kerja
Memberi rawatan fisioterapi lengkap di klinik dan sesi housecall mengikut jadual yang ditetapkan.
Melakukan penilaian menyeluruh terhadap aduan pesakit dan menyediakan pelan rawatan yang bersesuaian.
Memastikan setiap rawatan membantu mengurangkan kesakitan, meningkatkan pergerakan dan mencapai objektif pemulihan yang dipersetujui bersama pesakit.
Mengurus rekod pesakit dengan jelas dan tepat untuk memastikan kesinambungan rawatan.
Mengemaskini dan menyesuaikan sesi rawatan berdasarkan perkembangan pesakit dari masa ke masa.
Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit mengenai keadaan mereka dan rawatan yang dicadangkan.
Menyertai program atau acara yang dianjurkan oleh syarikat.
Melaksanakan tugasan tambahan yang diberikan oleh penyelia dari semasa ke semasa.
Kelayakan
Minimum Diploma/Degree dalam Fisioterapi (kursus lain tidak diterima).
Kemahiran manual therapy adalah satu kelebihan.
Mempunyai pengangkutan sendiri.
Kemahiran komunikasi yang baik dan mampu memberi penerangan dengan jelas.
Fasih dalam Bahasa Melayu & Inggeris (bertulis dan lisan).
Mahir asas komputer (Word & Excel).
Sedia bekerja mengikut jadual rotasi.
Graduan baharu digalakkan untuk memohon.
Telah lengkap vaksinasi.
Faedah
Rawatan perubatan
Komisen menarik
Peluang kenaikan pangkat
Kenaikan tahunan
Elaun kerja lebih masa
Anda boleh mengisi maklumat anda di borang yang disediakan di sini atau hubungi kami di butang WhatsApp yang disediakan.